KEDAH, 3 JUN 2022 - Mesyuarat Ahli Penuh (AMP) Majlis Belia Negeri Kedah Kali Pertama bagi Tahun 2022 telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Dahlia, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Kedah.
Mesyuarat ini adalah bagi membincangkan beberapa perkara termasuklah Perancangan Aktiviti Majlis Belia Negeri Kedah termasuklah membincangkan usul-usul yang diterima daripada daerah untuk di angkat ke Persidangan MPBN Peringkat Negeri Kedah.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tn.Presiden Majlis Belia Negeri Kedah, Sdr Mohd Amir Murshidi bin Dato’ Haji Samsuddin. Turut serta dalam mesyuarat tersebut adalah Encik Mohammad Suhaimi bin Md Saad, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Belia JBSNK.
DISEDIAKAN OLEH : PENTADBIR PORTAL JBSNK
- JBS Kedah
- Hits: 267
