KEDAH, 28 MEI 2022- Telah berlangsung Forum Halatuju Belia Era Endemik COVID-19 sempena Program Santai Anak Utara (SAU) Santai Raya bertempat di Taman Jubli Emas Alor Setar.
Barisan panel :-
Pengarah Jbsnk : En.Abd Aziz Bin And Rahman Timbalan Ketua Polis Negeri Kedah : Dato' Mohd Roze Shaari SU Politik YAB MB Kedah : Ustaz Afnan Hamimi Bin Dato' Taib Azammuden Moderator : Ustaz Nurul Amin Hamid
KEDAH, 29 MEI 2022 - Tedang berlangsung Program Malaysia Sports League (MSL) 2022 bagi Sukan Sepak Takraw di peringkat Daerah seluruh Negeri Kedah.
Semoga program seumpama ini dapat diteruskan di masa akan datang bagi memeriahkan penglibatan Sukan Untuk Semua sehingga ke peringkat akar umbi.
Mendapat penyertaan sebanyak 182 pasukan secara keseluruhan bagi kali ini .
Jutaan terima kasih atas kerjasama dan komitmen bagi penganjuran ini khususnya kepada semua Pasukan Teknikal dari Persatuan Sepak Takraw Negeri & Daerah dan Pejabat Belia Dan Sukan Daerah serta yang terlibat samada secara langsung ataupun tidak.
KEDAH, 28 MEI 2022 – Telah berlangsung MSL (Bola Keranjang 3x3) peringkat Daerah di seluruh Negeri Kedah.
Tahniah atas penyertaan. Jutaan terima kasih atas kerjasama bagi penganjuran ini khususnya kepada semua Pasukan Teknikal Dari Persatuan Bola Keranjang Negeri & Daerah dan Pejabat Belia Dan Sukan Daerah serta semua pihak yang terlibat samada secara langsung ataupun tidak.
KEDAH, 25 MEI 2022 - Telah berlangsung 3 siri program Let's Get Fit Peringkat Negeri Kedah dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kubang Pasu, Kota Setar dan Kelab Taekwondo Changlun Star (WTF). Siri pertama di adakan di Kompleks Sukan Jerlun pada 14 Mei 2022 melibatkan penyertaan seramai 50 orang. Siri ke-2 diadakan di Dewan Ibnu Khaldun, IKBN Jitra, pada 20 Mei 2022 dan siri ke 3 diadakan pada 21 Mei 2022 di Taman Jubli Emas, Jalan Suka Menanti, Alor Setar berkesinambungan dengan program Santai Anak Utara Edisi 2022. Turut diadakan program Walk For Life Siri 1 melibatkan penyertaan dari pihak Kelab Sukan Kecergasan Rimba, kakitangan Jabatan Belia dan Sukan serta pengunjung-pengunjung Taman Jubli Emas.
SIK, 28 MEI 2022 - Telah berlangsung Program Fresh2fit Siri 1 Peringkat Negeri Kedah di Lata Mengkuang, Sik dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik dan beberapa NGO dan agensi kerajaan dan swasta dari daerah berkenaan seperti PDRM, Pejabat Pendidikan, Jabatan Hutan, Swcorp, E-idaman Sik, Kolej Komuniti, Majlis Belia Daerah Sik, ABIM Sik, Kelab Rakan Muda dan Kelab Sukan Berbasikal Saujana Sik (SCC).
Program dimulakan dengan aktiviti kecergasan berjalan kaki dan berbasikal dari Pekan Sik ke Lata Mengkuang dan diikuti dengan program gotong royong membersihkan kawasan. Peserta dibekalkan kit kebersihan seperti plastik sampah dan alatan lain oleh E-idaman dan Swcorp serta kit pembersihan diri (sanitizer). Program berjalan lancar dengan semua peserta memberikan komitmen yang baik sepanjang program berlangsung. Semoga kerjasama yang baik ini akan dapat memberikan impak yang baik di masa akan datang.
BANDAR BAHARU – 23 Mei 2022 – Kelab Sukan Rekreasi Serdang (KESURA) telah menganjurkan Kursus Kayak Anugerah Bintang 1 bertempat di Serdang Lake View Resort pada 20 - 22 Mei lalu.
Kursus ini telah disertai olah 29 peserta dari seluruh negara ini mempunyai tiga bahagian iaitu teori, praktikal dan ujian. Pada bahagian ujian, ianya terbahagi kepada dua iaitu ujian praktikal berkayak dan ujian bertulis kefahaman sepanjang kursus ini.
Tumpuan utama Kursus ini ialah terhadap pengenalan dan kemahiran berkanu. Ianya direka khusus sebagai persediaan asas kemahiran berkanu di kalangan penggiat kanu dan mewujudkan suasana aktiviti berkanu yang selamat dan menyeronokkan.
Majlis Perasmian Penutup Kursus Kayak Anugerah Bintang Satu telah disempurnakan oleh Encik Abdul Aziz Abdul Rahman, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.
Turut hadir bersama Muhammad Nur Syafiq Norasri, Ketua Jabatan Majlis Daerah Bandar Baharu, Shamsul Qamar Shamsuddin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu dan Ahmad Nazit Rashid, Setiausaha Persatuan Kanu Negeri Kedah.
DISEDIAKAN OLEH :FARIZA BT. GHAZALLI (PBSD BANDAR BAHARU)
BANDAR BAHARU – 23 Mei 2022 – Kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu turut hadir memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu yang telah berlangsung pada 19 Mei lalu bertempat di Dewan Seri Serdang, Serdang, Kedah.
Turut menganjurkan majlis tersebut ialah Majlis Daerah Bandar Baharu dan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu.
Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu, Haji Rohaizad Rashid telah menyempurnakan perasmian majlis tersebut yang turut disertai Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Tanah), Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran), Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Daerah), Puan Pengerusi bersama AJK PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Ketua-ketua / wakil-wakil Jabatan / Agensi dalam Daerah Bandar Baharu, Ahli-Ahli Majlis Daerah Bandar Baharu, Penghulu-penghulu Mukim, kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu dan Majlis Daerah Bandar Baharu.
Disediakan oleh :Fariza bt. Ghazalli (PBSD Bandar Baharu)
BANDAR BAHARU – 23 Mei 2022, Sebanyak 16 pasukan telah menyertai Pertandingan Sepak Takraw Malaysia Sports League (MSL) 2022 Peringkat Daerah Bandar Baharu yang telah dilaksanakan 21 Mei lalu bertempat di Kompleks Sukan Komuniti Daerah Bandar Baharu.
Pasukan MPJG telah memenangi pertandingan ini merangkul hadiah wang tunai bernilai RM 600.00 dan pingat manakala Naib Johan dirangkul oleh pasukan Kolam Air “A” membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM 400.00. Astaga ’C’ dan River Bleed ‘C’ pula memenangi tempat ketiga dan keempat dengan hadiah wang tunai bernilai RM 200.00.
Majlis penyampain hadiah dan pingat telah disempurnakan oleh Encik Rahmat Asyraf Bukhari, Ketua Penolong Pegawai Daerah Bandar Baharu disaksikan oleh Shamsul Qamar Shamsudin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.
DISEDIAKAN OLEH :FARIZA BT. GHAZALLI (PBSD BANDAR BAHARU)
BALING, 21 MEI 2022 – Telah berlangsung pertandingan Sepak Takraw Malaysian Sports League (MSL) peringkat daerah Baling bagi tahun 2022 pada Mei 2022 yang lalu di Kompleks Rakan Muda Daerah Baling yang dianjurkan oleh PBSD Baling dan kerjasama Persatuan Bola Jaring Daerah Baling.
Pertandingan yang dijalankan berlangsung sehingga ke petang hari dengan pasukan KSK Kupang telah berjaya menjadi johan bola jaring MSL peringkat daerah Baling tahun 2022.
DISEDIAKAN OLEH : MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)