YAN BESAR, YAN, KEDAH 7 MEI 2022 – Pertandingan takraw Malaysia Sport League (MSL) Peringkat Daerah Yan 2022 telah dilaksanakan di Dewan Dato’ Zamri IPD Yan. Pertandingan ini mendapat penglibatan dari pelbagai peringkat umur. Selain dari penyertaan melalui agensi kerajaan dan swasta, terdapat juga penyertaan dari kelab sukan yang bertanding memeriahkan perlawanan bola jaring tahun ini.
Pertandingan sememang sinonim dengan Daerah Yan. Ramai pemain-pemain berbakat sebelum ini datangnya dari Daerah Yan. Pasukan dibahagikan dalam empat kumpulan dan format pertandingan adalah secara liga. Sepanjang perlawanan berlangsung, sukarelawan Rakan Muda Sport Bubble memantau dari segi pelaksanaan SOP sepanjang pertandingan.
Hadir menyampaikan hadiah adalah Encik Mohd Faiz Ridzuan bin Mohd Noor Pegawai Intergriti Kementerian Belia dan Sukan, Puan Asnatul Adha binti Ahmad Pegawai Belia dan Sukan Daerah Yan dan Encik Mohd Idham bin Romli EXCO MBN Kedah.
DISEDIAKAN OLEH : JOHARDI BIN ROSLA (PBSD YAN)
- JBS Kedah
- Hits: 218
