ALOR SETAR, KEDAH, 25 JUN 2022 (SABTU), Kontinjen MSL Daerah Langkawi telah menyertai Kejohanan Malaysia Sports League 2022 Peringkat Negeri Kedah pada 25 Jun 2022 yang lalu bertempat di Kompleks Sukan Jerlun, Kedah. Kontinjen daerah Langkawi seramai 45 orang terdiri daripada pasukan bola keranjang dan pasukan badminton.
Dalam kejohanan tersebut, bagi pasukan bola keranjang lelaki Langkawi A dan wanita Langkawi A hanya memenangi johan peringkat kumpulan manakala lelaki Langkawi B layak ke peringkat suku akhir. Begitu juga dengan pasukan badminton, Langkawi A layak ke peringkat suku akhir manakala Langkawi B hanya berjaya di peringkat kumpulan sahaja.
Namun begitu, usaha dan semangat semua pasukan amat dihargai dan perlu diteruskan untuk kejohanan-kejohanan yang akan datang.
DISEDIAKAN OLEH: NUR SHUHASLIZA HANAFI / PBSD LANGKAWI
- JBS Kedah
- Hits: 175
