PENDANG, 23 MEI 2022 – Gelanggang Futsal yang telah dibina di Lot 97, Kampung Padang Peliang, Pendang di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah di buat pelupusan secara serahan tanpa kos kepada wakil pemilik tanah gelanggang tersebut iaitu En. Mohd Zamry Bin Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Simpang 3, Kampung Baru, Pendang pada 23 Mei 2022. Beliau telah bersetuju dan mengesahkan penerimaan gelanggang tersebut daripada Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pendang yang merupakan Jawatankuasa Pelupusan Aset Gelanggang Futsal Negeri Kedah. Pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pendang mengucapkan ribuan terima kasih kepada pemilik atas komitmen beliau yang menjaga gelanggang tersebut untuk belia-belia setempat menggunakan kemudahan gelanggang tersebut.
.
DISEDIAKAN OLEH : MUHAMAD AZRAI BIN NOOR AZHAR (PBSD PENDANG)
- JBS Kedah
- Hits: 188
