- JBS Kedah
- Hits: 185
MESYUARAT JAWATANKUASA PROGRAM FUN RIDE SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA PERINGKAT DAERAH PADANG TERAP 2022.
Kuala Nerang, 18 Ogos 2022 – Satu mesyuarat jawatankuasa untuk Program Fun Ride sempena Hari Belia Negara peringkat Daerah padang Terap telah diadakan pada 15 Ogos yang lalu bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap.
Mesyuarat yang dihadiri Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap bersama dengan Pengerusi Majlis Belia Daerah, Encik Mohamad Jasnizam bin Mohamad Husni serta ahli jawatankuasa program Fun Ride ini diadakan bertujuan untuk membincangkan perjalanan program dan gerak kerja yang perlu dilaksanakan pada Program Fun Ride yang akan diadakan pada 20 Ogos 2022 nanti.
DISEDIAKAN OLEH: NOR HUSNA BT ABDUL HAMID (PBSD PADANG TERAP)
- JBS Kedah
- Hits: 185
