LANGKAWI KEDAH, 11 Mei 2022 – Bengkel Pengenalan Sukan Tarik Tali Daerah Langkawi telah diadakan bertempat di Panorama Hotel, Langkawi. Bengkel tersebut telah dianjurkan oleh Persatuan Tarik Tali Langkawi dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi.
Disamping bengkel pengenalan, pasa peserta juga didedahkan dengan teknik dan kaedah penganjuran sukan tersebut untuk dibangunkan di peringkat sekolah. Para peserta terdiri daripada 60 orang guru seluruh daerah Langkawi. Objektif utama bengkel adalah untuk memberi pendedahan kepada semua guru sukan untuk di praktikan di peringkat sekolah dan menjadikan acara sukan tersebut sebagai salah satu aktiviti kokurikulum pelajar di sekolah.
Pihak persatuan Tarik Tali Langkawi juga berkesempatan untuk membuat demonstrasi acara sukan tersebut. Bengkel tersebut telah dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Langkawi.
DISEDIAKAN OLEH: MOHD FERDAUS BIN OSMAN / PBSD LANGKAWI
- JBS Kedah
- Hits: 153
