- JBS Kedah
- Hits: 156
KUNJUNG HORMAT PEGAWAI DAERAH YAN
YAN, KEDAH. 10 APRIL 2022 – Majlis Belia Daerah (MBD) Yan telah mengadakan sesi kunjung hormat kali pertama kepada Yang Berbahagia Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah Pegawai Daerah Yan. Kunjung hormat itu diadakan di Pejabat Tanah dan Daerah Yan.
Dalam pertemuan ini Tuan Pegawai Daerah Yan diberikan informasi berkaitan perkembangan dan pembangunan NGO belia dalam Daerah Yan. Dalam pertemuan selama sejam ini juga membawa lembaran baru bagi MBD Yan apabila Tuan Pegawai Daerah Yan dengan sukacitanya bersetuju untuk menerima watikah perlantikan beliau sebagai Penaung MBD Yan.
Majlis Belia Daerah Yan merasa amat bersyukur dengan pertemuan bersama Pegawai Daerah Yan yang berjalan dengan lancar dan berkesan.
DISEDIAKAN OLEH : JOHARDI BIN ROSLA (PBSD YAN)
- JBS Kedah
- Hits: 156
