KEDAH, 14 APRIL 2022 - Program Ziarah Kasih anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Keluarga JBSNK menjadi satu langkah proaktif yang diambil bagi mendekati kakitangan dan keluarga dengan lebih dekat. Selain itu, kunjungan tersebut adalah untuk bertanya khabar mengenai kesihatan ahli keluarga kakitangan yang menghadapi musibah selain memberi sedikit sumbangan bagi meringankan beban mereka.Turut serta dalam Ziarah Kasih tersebut ialah Encik Abd Aziz bin Abd Rahman, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.
DISEDIAKAN OLEH : PENTADBIR PORTAL JBSNK
- JBS Kedah
- Hits: 151
