KUALA NERANG, 12 APRIL 2022 – Bulan Ramadhan adalah bulan penuh keberkatan di mana semua pahala amal kebaikan akan dilipat gandakan. Amalan bertadarus merupakan antara kegiatan keagamaan yang menjadi pilihan umat Islam sepanjang bulan puasa ini.
Justeru itu, dengan ketibaan bulan Ramadhan kali ini Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap dengan Kerjasama Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah juga telah menganjurkan Program Tadarus Al-Quran sempena bulan Ramadhan tahun ini di sini.
Program ini merupakan satu Platform yang dapat menarik minat belia disni untuk menghidupkan dan mengimarahkan bulan Ramadhan Al- Mubarak.
DISEDIAKAN OLEH: NOR HUSNA BT ABDUL HAMID (PBSD PADANG TERAP)
- JBS Kedah
- Hits: 168
