- JBS Kedah
- Hits: 206
PERHIMPUNAN PAGI DAN AMANAT YANG BERHORMAT SUK KEDAH BERSAMA PENJAWAT AWAM DAERAH YAN
YAN, KEDAH 18 APRIL 2022 – Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Yan telah menganjurkan Program Perhimpunan Pagi dan Amanat Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Bersama Penjawat Awam Daerah Yan di Dewan Dato’ Zamri Ibu Pejabat Polis Daerah Yan pada jam 8.00 pagi.
Amanat tersebut disampaikan oleh Yang Berhormat Dato’ Paduka Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, YB. Dato’ Ammar B. Shaikh Mahmood Naim. Beliau mengingatkan penjawat awam agar dapat melaksanakan tugas dengan amanah, menepati masa waktu bekerja dan rajin bekerja. Turut hadir bersama Tuan Mohamad Subhi B. Abdullah Pegawai Daerah Yan.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Yan diwakili oleh Pn. Asnatul Adha Bt Ahmad Pegawai Belia dan Sukan Daerah Yan dan En. Mohd Hapis B. Mohd Shariff Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Yan.
DISEDIAKAN OLEH : JOHARDI BIN ROSLA (PBSD YAN)
- JBS Kedah
- Hits: 206
