BANDAR BAHARU – 11 April 2022 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Bandar Baharu, Persatuan Belia Melayu Aktif (PebMa) dan Jawatankuasa Kariah Surau AL-Khairiah Perumahan Awam 2, Jalan Selama, Serdang telah menganjurkan program Rakan Muda Ramadhan Peringkat Daerah Bandar Baharu 2022.
Seramai 20 orang peserta lelaki dan wanita menyertai program Tadarus Al-Quran yang bermula pada 7 April 2022 lalu dan akan berakhir dengan Majlis Khatam Al Quran pada 23 April 2022 nanti.
Diharap program ini dapat menarik golongan muda untuk menghidupkan Bulan Ramadhan Al- Mubarak serta dapat melatih belia untuk membaca,memahami dan mengamalkan ajaran Al-Quran serta amalan Sunnah dalam kehidupan seharian.
Disediakan oleh : Fariza bt. Ghazalli (PBSD Bandar Baharu)
- JBS Kedah
- Hits: 172
