BANDAR BAHARU, 15 FEBRUARI 2022 - Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu (PBSDBB), Shamsul Qamar bin Shamsuddin mengingatkan semua kakitangan PBSDBB agar bersama-sama menjaga etika dan integriti penjawat awam serta menggelakkan rasuah di dalam mesyuarat Pegawai dan Kakitangan PBSDBB yang diadakan hari ini.
Mesyuarat turut membincangkan perancangan dan penambahbaikan serta tindakan yang perlu diambil oleh semua kakitangan terhadap isu-isu etika dan integriti dan anti rasuah seperti yang bangkitkan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah (JBSNK) pada Pengurusan Mesyuarat JBSNK Bil 1/2022 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah Alor Star pada 30 Januari yang lalu.
Pada masa yang sama, beliau juga merakamkan ucapan tahniah kepada semua kakitangan kerana berjaya melaksanakan program-program tahun 2021 dengan jayanya.
DISEDIAKAN OLEH : FARIZA BT. GHAZALLI (PBSD BANDAR BAHARU)
- JBS Kedah
- Hits: 275
