PENDANG, 23 JANUARI 2022 – Kejohanan Liga Sepak Penalti yang dianjurkan oleh Anak Pendang dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan telah diadakan pada 23 Januari 2022, bertempat di Mini Stadium Pendang melibatkan 110 pasukan dari pelbagai daerah di Negeri Kedah. Kejohanan ini diadakan bagi menggalakkan anak muda aktif bersukan di samping mengeratkan silaturahim di antara peserta yang terdiri dari pelbagai kaum dan tempat. Kejohanan ini juga dihadiri beberapa orang pemain bola sepak kedah sebagai tetamu seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang di mana hadiah tempat pertama sebanyak RM3,000.00..DISEDIAKAN OLEH : MUHAMAD AZRAI BIN NOOR AZHAR (PBSD PENDANG)
PENDANG, 25 JANUARI 2022 – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dengan kerjasama Pejabat Daerah Pendang telah mengadakan Majlis Perasmian Pusat Keusahawanan Komuniti Pendang Sempena Sambutan 50 Tahun ANGKASA serta Malaysia Coop Plate dan Karnival Jualan Harga Patut bertempat di Pusat Keusahawanan Komuniti Pendang Bazaar Rakyat Pendang. Program ini dirasmikan oleh YAB. Menteri Besar Kedah serta turut melibatkan kehadiran Pengerusi-pengerusi ANGKASA dari seluruh negara dan Ketua-ketua Jabatan dari Daerah Pendang. Program Malaysia Coop Plate adalah sebuah program yang dirancang dan dilaksanakan untuk mengiktiraf produk-produk hasil keluaran koperasi terutama produk makanan dan minuman khususnya melalui hidangan.DISEDIAKAN OLEH : MUHAMAD AZRAI BIN NOOR AZHAR (PBSD PENDANG)
PENDANG, 04 JANUARI 2022 – Pejabat Projek Zon Utara, PLANMalaysiaSemenanjung Malaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) sedang menjalankan Kajian Rancangan Tempatan Daerah Pendang, Kedah 2035 bertempat di Dewan Cenderawasih Pendang. Bagi menghasilkan kajian yang terbaik dan berdaya laksana, pelbagai agensi yang melibatkan 100 orang peserta terlibat dalam menyumbangkan idea kearah memantapkan lagi perancangan pembangunan di Daerah Pendang. Program ini di bahagikan kepada empat (4) kumpulan dengan berdasarkan sektor asas,hub usahawan dan berdaya huni. Sesi ini juga diselaras oleh pihak Majlis Daerah Pendang yang diketuai oleh Tn Anas Bin Baharudin, Setiausaha Majlis Daerah Pendang.DISEDIAKAN OLEH : MUHAMAD AZRAI BIN NOOR AZHAR (PBSD PENDANG)
KEDAH, 30 JANUARI 2022 – Kelab Sukan dan Kebajikan Keluarga (KSKK) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah telah menganjurkan satu program Ceramah Motivasi bertajuk Kerjaya Hingga Ke Jannah baru - baru ini bersempena dengan Mesyuarat Agung Tahunan Kelab kali ke - 25. Ceramah ini telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Isa bin Abdul Rahman kepada semua ahli yang hadir terdiri daripada semua pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.Semoga intipati dari ceramah tersebut dapat memberi manfaat dan menambah pengetahuan semua orang dalam menjadi insan yang lebih cemerlang terhadap perkara dan pekerjaan yang diceburi bagi beroleh keberkatan terhadap rezeki yang diterima.DISEDIAKAN OLEH : PENTADBIR PORTAL - JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH
KEDAH, 30 JANUARI 2022 – Mesyuarat Agung Tahunan (KSKK) Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah Kali Ke - 25 telah berlangsung baru - baru ini dengan dipengerusikan oleh Encik Mohammad Suhaimi bin Md Saad, Timbalan Pengarah Pembangunan Belia bagi merwakili Pengarah JBSNK.Mesyuarat ini dilaksanakan bagi melantik Jawatankuasa baru Kelab bagi Tahun 2022/ 2023 dan membubarkan Jawatankuasa Kerja yang lama. Mesyuarat Agung kali ini dihadiri oleh seramai 85 orang ahli terdiri daripada pegawai dan kakitangan JBSN Kedah.DISEDIAKAN OLEH : PENTADBIR PORTAL - JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH
SUNGAI PETANI, 30 JANUARI 2022 - Telah berlangsung Kayuhan bersama Menteri Besar Kedah sempena menyambut tahun baru 2022 serta meraikan Hari Perpaduan Keluarga Sejahtera anjuran Pejabat Menteri Besar Kedah dengan kerjasama Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kuala Muda dan pelbagai agensi seluruh daerah Kuala Muda yang melibat sekitar 500 sehingga 3000 peserta di dalam program tersebut. Program yang berlangsung bermula pagi sehingga malam ini turut dimeriahkan dengan pelbagai acara dan aktiviti yang melibatkan pelbagai peringkat umur dan kaum. Program kayuhan ini juga turut dimeriahkan dengan acara cabutan hadiah yang berupa beberapa buah basikal “mountain bike” kepada peserta kayuhan.DISEDIAKAN OLEH: PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH KUALA MUDA
SUNGAI PETANI, 30 JANUARI 2022 - Satu perjumpaan santai bersama Jawatankuasa tertinggi Persatuan Bola Jaring Daerah Kuala Muda (PBJDKM) dengan Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Kuala Muda telah diadakan baru-baru ini dalam memberi khidmat rujuk dan nasihat dalam pengisian tatacara laporan mykd terkini kepada pihak persatuan. Perjumpaan ini diadakan bertujuan bagi membimbing persatuan dalam memahami dengan lebih mendalam tentang pengurusan badan bukan kerajaan yang mereka uruskan dan pihak PBSD mengharapkan agar perjumpaan ini memberi sedikit ilmu yang dapat dimanfaatkan oleh pihak dalam kelancaran menghantar Laporan Mykd kepada pihak PJS kelak.DISEDIAKAN OLEH: PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH KUALA MUDA
POKOK SENA, 27 JANUARI 2022 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pokok Sena telah mengadakan perlawanan persahabatan badminton dengan Institut Kemahiran Belia Negara Naka bertempat di dewan IKBN Naka. Turut hadir wakil dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik dan Padang Terap pada perlawanan tersebut.Encik Muhammad Bin Alli, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pokok Sena berkata, perlawanan tersebut diadakan adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim. Menurutnya lagi, bersukan bukan sahaja untuk menyihatkan tubuh badan, malahan menjadi medium semangat kekitaan. DISEDIAKAN OLEH : MOHD SOBRY BIN MD AKHIR (PBSD POKOK SENA)
POKOK SENA, 25 JANUARI 2022 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pokok Sena telah mengadakan sesi kunjungan hormat ke atas Yang Berhormat Ustaz Salim Mahmood Al Hafiz, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lada bertempat di Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Bukit Lada.Turut dibincangkan semasa kunjungan hormat tersebut adalah program atau aktiviti untuk golongan belia dan mencadangkan belia –belia mewujudkan atau menubuhkan persatuan atau kelab belia dan sukan. Antara perancangan pada masa terdekat ini adalah perlawanan persahabatan bolasepak antara persatuan atau kelab belia dan sukan serta mewujudkan skuad sukarelawan belia di daerah Pokok Sena.DISEDIAKAN OLEH : MOHD SOBRY BIN MD AKHIR (PBSD POKOK SENA)