- JBS Kedah
- Hits: 213
AKTIVITI KECERIAAN PBSD POKOK SENA
POKOK SENA, 17 FEBRUARI 2022 – Keselesaan, keceriaan dan kebersihan adalah perkara yang penting di dalam sesebuah organisasi untuk mendapatkan suasana bekerja yang lebih tenang dan gembira. Sehubungan dengan itu, pejabat mengambil langkah mengemas, membersih dan membuat dekorasi untuk menampakkan suasana keceriaan pejabat yang lebih baik.
Pejabat juga memastikan semua peralatan pejabat tersusun kemas, sentiasa dalam keadaan baik serta tidak mengancam keselamatan dan kesihatan pekerja. Aktiviti sebegini akan diteruskan kerana ia mewujudkan jalinan ukhuwah yang baik diantara kakitangan serta saling bantu membantu bekerjasama menjalankan tugas.
DISEDIAKAN OLEH : MOHD SOBRY BIN MD AKHIR (PBSD POKOK SENA)
- JBS Kedah
- Hits: 213
