POKOK SENA, 6 FEBRUARI 2022 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pokok Sena telah mengadakan sesi perjumpaan bersama kelab – kelab sukan daerah Pokok Sena bertempat di bilik mesyuarat Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pokok Sena. Sesi tersebut telah dipengerusikan oleh Encik Muhammad Bin Alli, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pokok Sena. Pada sesi tersebut pengerusi dan setiausaha kelab – kelab sukan telah dijemput hadir. Agenda utama pada sesi tersebut adalah untuk memantau dan mengemaskini maklumat kelab yang berdaftar dibawah Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (ROSA) bagi tahun 2022. Selain itu, turut dibincangkan program atau aktiviti sukan yang akan dilaksanakan pada tahun 2022.DISEDIAKAN OLEH : MOHD SOBRY BIN MD AKHIR (PBSD POKOK SENA)
- JBS Kedah
- Hits: 211
