POKOK SENA, 19 JANUARI 2022 - Sempena tahun baharu 2022, aktiviti gotong royong dan keceriaan menjadi satu aktiviti wajib di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pokok Sena. Baru-baru ini, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pokok Sena, Encik Muhammad Bin Alli dan kakitangan yang lain bersama – sama bergotong royong membersihkan kawasan luar dan di dalam pejabat. Aktiviti ini merupakan satu cara atau kaedah menghilangkan tekanan atau bebanan dalam seharian menjalankan tugasan. Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pokok Sena mengambil inisiatif bersama menjalankan aktivit ini di pejabat. Selain untuk keceriaan pejabat, aktiviti seperti ini juga dapat mengeratkan silaturahim dan pejabat juga akan sentiasa berada dalam suasana yang kemas, bersih dan teratur. En Muhammad Bin Alli berkata, aktiviti ini akan diteruskan dari masa ke semasa.DISEDIAKAN OLEH : MOHD SOBRY BIN MD AKHIR (PBSD POKOK SENA)
POKOK SENA, 19 JANUARI 2022 – Kelab Sukan dan Rekreasi Tualang bersama THB Maintenance telah menganjurkan Program Muhibah pada 15 Januari 2022 bertempat di Padang Sekolah Kebangsaan Tualang baru-baru ini. Program ini telah dirasmikan oleh Datuk Wan Ahmad Uzir Bin Hj Wan Sulaiman, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya. Turut hadir Encik Muhammad Bin Alli, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pokok Sena pada program tersebut.Terdapat pelbagai aktiviti yang diadakan seperti pertandingan bola sepak 4 penjuru, pertandingan tarik tali, sukaneka, pertandingan bola tampar dan kenduri rakyat. Encik Bakar, peserta program berkata program seperti ini amat baik bagi masyarakat setempat dan perlu diteruskan pada masa akan datang.DISEDIAKAN OLEH : MOHD SOBRY BIN MD AKHIR (PBSD POKOK SENA)
POKOK SENA, 19 JANUARI 2022 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pokok Sena telah mengadakan sesi perjumpaan bersama persatuan belia daerah Pokok Sena bertempat di bilik mesyuarat Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pokok Sena. Pada sesi tersebut pengerusi dan setiausaha persatuan – persatuan belia dijemput hadir. Sesi perjumpaan adalah untuk mengemaskini maklumat persatuan yang berdaftar dibawah Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) bagi tahun 2022. Selain itu, pada sesi tersebut juga terdapat perbincangan permasalahan persatuan – persatuan supaya dapat diaktifkan kembali.DISEDIAKAN OLEH : MOHD SOBRY BIN MD AKHIR (PBSD POKOK SENA)
KEDAH, 14 JANUARI 2022 – Majlis Belia Negeri Kedah telah melakukan kunjung hormat terhadap Pengarah JBSNK, Encik Abd Aziz bin Rahman baru - baru ini di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.Kunjung hormat ini adalah bagi memperkenalkan barisan Jawatankuasa MBN Kedah 2021 - 2024. Selain itu, turut berlangsung sesi perbincangan dan bertukar pendapat dikalangan semua yang terlibat dalam merancang program – program belia yang bersesuaian bagi memastikan agenda belia sampai ke peringkat akar umbi. Tahniah diucapkan kepada semua jawatankuasa Majlis Belia Negeri di atas perlantikan baru ini.DISEDIAKAN OLEH : JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH
KEDAH, 13 JANUARI 2022 – Satu majlis telah dianjurkan bagi meraikan pertukaran Puan Noorhidayah Binti Zakaria yang akan bertukar dan mula bertugas di tempat baru. Puan Nurhidayah merupakan seorang pegawai di bawah Unit Pembangunan Sukan JBSNK.Beliau merupakan seorang pegawai yang komited dalam tugas serta aktif dalam pelbagai aktiviti sukan. Terima kasih diucapkan atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang bertugas di JBSNK. Setinggi – tinggi ucapan tahniah diucapkan atas kejayaan ini dan semoga Puan NoorHidayah akan terus cemerlang di masa akan datang.DISEDIAKAN OLEH : JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH
KUALA NERANG, 11 JANUARI 2022 – Peserta Program Anugerah Remaja Perdana (ARPRM) Sekolah Menengah kebangsaan Lubok Merbau telah menyertai Program Penjelajahan Lasak yang telah dianjurkan oleh SMK Lubok Merbau dengan kerjasama Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Padang Terap pada 6 dan 7 Januari 2022 yang lalu. Program penjelajahan lasak ini merupakan salah satu elemen untuk melayakkan para peserta mendapat anugerah pingat gangsa. Program ini telah diadakan di sekitar kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Merbau dan melibatkan seramai 11 orang peserta dari Program ARPRM dan seorang guru pemimpin serta 5 orang urusetia. Turut Hadir, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Padang Terap.DISEDIAKAN OLEH: NOR HUSNA BT ABDUL HAMID (PBSD PADANG TERAP)
SIK KEDAH, 11 JAN 2022 – Rakan Muda Sport Bubble Volunteer (RMSBV) Daerah Sik telah hadir bagi pemantauan Program Tasik Beris Extreme Endurance 2022 Daerah Sik yang telahpun diadakan pada 07 hingga 08 Januari 2022 bertempat di Tasik Beris, Sik, Kedah Darul Aman disini. Program anjuran Pejabat Ahli Parlimen Sik telah menarik perhatian seramai 600 orang peserta motorcross dari dalam daerah Sik dan luar daerah untuk mengambil bahagian dalam penganjuran acara tersebut. Sebanyak 4 kategori telah dipertandingkan antaranya Cubcross STD, Cubcross Open, CKD dan Cubcross Endurance Open. Majlis Perasmian Program Tasik Beris Extreme Endurance 2022 Daerah Sik ini telah disempurnakan oleh YB. Tn. Ahmad Tarmizi Bin Sulaiman, Ahli Parlimen Sik. Turut hadir sama En. Mohammad Alia Hanis Bin Rosmadi, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Sik. DISEDIAKAN OLEH : WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD SIK)
BALING, 09 JANUARI 2022 – Aktiviti Jom Sihat telah diadakan pada 06 Januari 2022 (Khamis) yang lalu dan disertai oleh kakitangan PBSD Baling dan KRM Baling. Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk memastikan tubuh badan sentiasa cergas untuk melakukan pekerjaan seharian di pejabat di samping mengeratkan ukhuwah sesama kakitangan PBSD Baling dan KRM Baling. Aktiviti ini diketuai oleh Pegawai PBSD Baling, Puan Maizatul Akmam Binti Adam dan disyorkan untuk menjadikan aktiviti ini sebagai aktiviti mingguan. DISEDIAKAN OLEH : MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)
BALING, 10 JANUARI 2022 – Satu lawatan pemeriksaan kerja-kerja naiktaraf KRM Baling telah diadakan pada 04 Januari 2022 yang lalu. Lawatan ini bertujuan melihat perkembangan projek naiktaraf Kompleks Rakan Muda Baling yang dijalankan oleh pihak kontraktor. Selain lawatan, mesyuarat pra-penyerahan bangunan KRM Baling juga turut diadakan pada sesi pagi. Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah, En.Abdul Aziz Bin Abd Rahman telah turun ke KRM Baling sendiri untuk melakukan lawatan pemeriksaan tersebut serta ditemani Pen.Pegawai Tadbir JBSN Kedah,En.Hazane dan Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Baling, Pn.Maizatul Akmam Binti Adam. DISEDIAKAN OLEH : MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)