LANGKAWI - Fun Ride merupakan salah satu aktiviti pengisian sempena HSN Kedah 2021. Kayuhan yang bermula di Dataran Chenang itu disertai oleh hampir 80 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai agensi serta orang ramai. Turut serta dalam kayuhan tersebut adalah Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md. Nor, Exco Belia dan Sukan Kedah, YB Tuan Mohd Firdaus Ahmad, Pegawai Daerah Langkawi, Tuan Haji Saiful Anwar Bin Azmi dan Encik Abd Aziz bin Abd Rahman, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.DISEDIAKAN OLEH : JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH
- JBS Kedah
- Hits: 276
