KEDAH, 7 SEPTEMBER 2021 - Pemantauan SOP Sukan dan Rekreasi untuk Plan Pemulihan Negara Fasa 1 (PPN) di Kelah Royale Club oleh Pegawai Pemantau Kementerian Belia dan Sukan.
DISEDIAKAN OLEH : JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH.
- JBS Kedah
- Hits: 291
KEDAH, 7 SEPTEMBER 2021 - Pemantauan SOP Sukan dan Rekreasi untuk Plan Pemulihan Negara Fasa 1 (PPN) di Kelah Royale Club oleh Pegawai Pemantau Kementerian Belia dan Sukan.
DISEDIAKAN OLEH : JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH.
KEDAH, 9 SEPTEMBER 2021 - Telah berlangsung Webinar Jom Cipta Kerja siri 17 baru – baru ini dengan menampilkan Leeyani Zaki, seorang pengusaha dan pemilik butik pakaian sebagai speaker jemputan. Beliau merupakan seorang anak muda yang sedang aktif menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Beliau juga telah banyak membantu dalam memberi pendedahan dan peluang kepada para belia untuk menjana pendapatan dari rumah. Semoga perkongsian beliau dapat memberi ilmu kepada anak muda untuk menceburi bidang perniagaan.
DISEDIAKAN OLEH : JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH
KUALA NERANG, 19 SEPTEMBER 2021 – Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Padang Terap ingin mengambil kesempatan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada En Mohd Isham bin Md Isa dari Kampung Seberang Padang Sanai yang menjadi Penerima Suntikan Vaksinasi ke 49,400 di Daerah Padang Terap.
Untuk pengetahuan semua 49,400 merupakan anggaran jumlah populasi dewasa didaerah ini yang perlu divaksinkan. Beliau menerima hadiah sebuah motosikal. Majlis penyampaian telah disempurnakan oleh Dato’ Sri Mahdzir bin Khalid, Menteri Pembangunan Luar Bandar merangkap Ahli Parlimen Padang Terap yang telah berbesar hati menyumbangkan motosikal berkenaan.
Turut Hadir, Dr Shahirah selaku penyelaras PPV dan En Farizan Selaku Pegawai Belia Dan Sukan merangkap Penyelia PPV Dewan tunku Putra.
DISEDIAKAN OLEH: NOR HUSNA BT ABDUL HAMID (PBSD PADANG TERAP)
YAN KEDAH, 5 SEPTEMBER 2021 – Yang Berhormat Mohd Firdaus Bin Ahmad EXCO Belia Dan Sukan Negeri Kedah telah turun padang ke tempat kejadian banjir di Yan Besar, Yan. Beliau yang hadir sejurus selepas selesai Mesyuarat EXCO-EXCO Negeri Kedah di Wisma Darul Aman.
Terdahulu YB EXCO disambut di Pusat Operasi Sukarelawan Banjir NGO Belia yang bertempat di Pejabat Majlis Belia Daerah Yan. Disini YB EXCO diberikan taklimat tentang operasi sukarelawan banjir dan kejadian berkaitan banjir di Yan. Kemudian YB EXCO dibawa melawat tempat sukarelawan sedang membuat pembersihan di rumah mangsa banjir dan tempat bencana di Titi Hayuh. YB EXCO telah meluluskan beberapa peruntukan bagi melancarkan operasi sukarelawan banjir.
Hadir bersama adalah sepanjang sesi lawatan kerja ini adalah Yang Berusaha Tuan Abdul Aziz bin Abdul Rahman Pengarah JBSN Kedah, Encik Hamdan bin Jamel Pemangku Presiden MBN Kedah dan Encik Mohammad Hafiz bin Haji Abu Hassan Pengerusi MBD Yan.
DISEDIAKAN OLEH : JOHARDI BIN ROSLA (PBSD YAN)
YAN KEDAH, 2 SEPTEMBER 2021 – Pusat Operasi Bencana Banjir NGO Belia Daerah Yan yang bertempat di Pejabat Majlis Belia Daerah Yan telah menerima lawatan kerja daripada Yang Berbahagia Dato' Dr. Hajjah Wasitah Binti Haji Mohd Yusof. Ketua Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negara Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Lawatan kerja Y.Bhg. Dato’ Ketua Pengarah ini adalah bersempena Program Sukarelawan Banjir Negeri Kedah. Dalam lawatan ini Y.Bhg. Dato’ Ketua Pengarah melawat beberapa tempat kejadian banjir, menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir dan bersama bergotong-royong membersih rumah sebuah keluarga yang terjejas kerana banjir.
Hadir bersama adalah sepanjang sesi lawatan kerja ini adalah Yang Berusaha Tuan Abdul Aziz bin Abdul Rahman Pengarah JBSN Kedah, Encik Hamdan bin Jamel Pemangku Presiden MBN Kedah dan Encik Mohammad Hafiz bin Haji Abu Hassan Pengerusi MBD Yan.
DISEDIAKAN OLEH : JOHARDI BIN ROSLA (PBSD YAN)
YAN KEDAH, 10 SEPTEMBER 2021 – Atas dasar keprihatinan kepada guru kafa di seluruh Parlimen Jerai, Ahli Parlimen Jerai YB Ustaz Sabri Azit telah menyumbangkan 201 Bakul Makanan kepada mereka hari ini. Kebanyakan guru kafa ini merupakan wanita dan suami mereka pula tidak dapat bekerja kerana PKP jadi diharapkan sumbangan ini dapat meringankan sedikit bebanan.
Sumbangan diberikan mengikut sekolah dengan kaedah pandu lalu dan diberikan kepada wakil setiap sekolah di hadapan Pejabat Agama Daerah Yan.
Program ini dijayakan dengan kerjasama daripada Persatuan Penduduk Legasi Sungai Lentang. Hadir sama Pegawai Agama Daerah Yan Tuan Sheikh Alwi.
Majlis ini juga mendapat liputan dari pihak RTM Kedah untuk disiarkan didalam Warta Kedah. Menurut YB Ustaz Sabri, beliau berharap pihak kerajaan dapat menyerapkan kalangan guru-guru KAFA dalam perkhidmatan tetap. Beliau akan membangkit isu ini sekali lagi apabila Parlimen bersidang pada bulan September nanti.
DISEDIAKAN OLEH : JOHARDI BIN ROSLA (PBSD YAN)
YAN KEDAH, 3 SEPTEMBER 2021 – Tanggal 31 Ogos menjadi tarikh keramat untuk diingati oleh semua rakyat Malaysia. Tarikh yang menjadikan Malaysia bebas dari penjajahan kuasa luar dan menjadi hari bersejarah dengan laungan kemerdekaan.
Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan yang akan tiba ini, AJK Majlis Belia (MBD) Yan mengindahkan laman dan persekitaran Pejabat MBD Yan dengan menaikkan Jalur Gemilang yang menjadi lambang perpaduan Negara Malaysia.
Hadir bekerja bersama adalah Encik Mohammad Hafiz bin Haji Abu Hassan Pengerusi MBD Yan. Beliau berharap semua kediaman memeriahkan Bulan Kemerdekaan ini dengan mengibarkan Bendera Malaysia.
DISEDIAKAN OLEH : JOHARDI BIN ROSLA (PBSD YAN)
KEDAH, 19 SEPTEMBER 2021 - Skim Perantisan Nasional merupakan platform yang diselia oleh KBS untuk membantu para belia mencari pekerjaan. Baru – baru ini, satu sesi suai kenal serta perbincangan telah berlangsung bersama Ketua Zon Perkeso Negeri berkaitan Skim Perantisan Nasional secara dalam talian. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah telah diwakili oleh Cik Nik Noor Azlihan bt Nik Jamaluddin selaku Penyelaras Skim Perantisan Nasional Negeri Kedah.
DISEDIAKAN OLEH : JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH
KEDAH, 19 SEPTEMBER 2021 - Pegawai Media dan Portal Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah telah menghadiri Kursus Mobile Journalism (MOJO anjuran Unit Komunikasi Korporat KBS secara atas talian melalui aplikasi zoom selama dua hari baru – baru ini. Kursus ini adalah untuk meningkatkan kemahiran pegawai dalam penggunaan teknologi khususnya dalam mengambil gambar/ video serta mengedit agar mendapat hasil yang terbaik. Para Peserta didedahkan dengan aplikasi “Canva” untuk mengedit gambar dan aplikasi “Capcut” dalam mengedit sesuatu video. Semoga dengan kursus ini dapat meningkatkan skill pegawai media dalam bidang kerja.
DISEDIAKAN OLEH : JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH
Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah
Kemaskini Terakhir: 27-03-2026, 15:10:10