SIK KEDAH, 16 OGOS 2021 - Program Outreach Vaksinasi Daerah Sik telahpun berlangsung dengan jayanya pada 14 Julai 2021 (Rabu) yang lalu bertempat di perkarangan Masjid Al-Taufiq, kariah Kampung Telaga Batu, Sik, Kedah Darul Aman disini.
PBSD Sik selaku penyelaras Sukarelawan MYVAC Daerah Sik turut serta menggerakkan seramai 15 orang sukarelawan ke program outreach tersebut bagi membantu pihak kesihatan khususnya Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Sik.
Sukarelawan MYVAC Daerah Sik cukup ceria dan bersemangat dalam menjalankan tugas yang diamanahkan untuk kebaikan bersama.
Hadir bersama di program outreach tersebut, Pn. Siti Salmiah Binti Md. Ani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik.
PBSD Sik sebagai penyelaras Sukarelawan MYVAC Daearah Sik mengucapkan selamat menjalankan tugas.
DISEDIAKAN : WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD SIK)
- JBS Kedah
- Hits: 289
