NAKA, 7 APRIL 2021 – Satu perbincangan berkenaan program Kerjasama Agropreneur Smartforming Rockmelon bersama IKBN Naka dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah diadakan pada tiga petang hari ini yang bertempat di IKBN Naka. Perbincangan ini bertujuan untuk membincangkan tentang usahasama IKBN, Pejabat Belia dan Sukan, dan ABIM dalam mengusahakan projek penanaman Rockmelon.
Perbincangan ini melibatkan Encik Hafifi, Timbalan Pengarah HEP, Encik Rohairri, Pegawai HEP IKBN Naka, Encik Farizan, Pegawai Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap, Encik Syafiq, Pembantu Belia dan Sukan, serta saudara Bilal Mohd Zain, Yang Dipertua ABIM Padang Terap.
DISEDIAKAN OLEH: NOR HUSNA BT ABDUL HAMID (PBSD PADANG TERAP)
- JBS Kedah
- Hits: 251
