PENDANG, 5 APRIL 2021 – Kelab Rakan Muda Parlimen Pendang dengan kerjasama Pejabat Belia dan Suakn Daerah Pendangtelah mengadakan Program Rakan Wira Usaha @ Kelab Rakan Muda (Kursus Ternakan Ikan Dalam Tangki).
Kursus sehari ini melibatkan belia-belia lepasan sekolah yang berminat dengan penternakan khususnya ternakan ikan dalam tangki. Semoga dengan adanya pendedahan seperti ini dapat membantu golongan belia memajukan diri dalam bidang penternakan.
Taklimat dan amali telah disampaikan oleh Pegawai Perikanan Jitra. Jumlah peserta yang hadir mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara. Turut hadir bersama Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pendang.
DISEDIAKAN OLEH : HARNANI BINTI HARUN (PBSD PENDANG)
- JBS Kedah
- Hits: 406
