KUALA NERANG, 25 MAC 2021 – Satu sesi perbincangan di antara wakil PBSD Padang Terap, Encik Mohd Syafiq bin Abdulah bersama Pengurus Felda Lubok Merbau untuk Pencalonan Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) telah diadakan di sini hari ini.
Perbincangan ini bertujuan untuk membincangkan berkaitan pencalonan Persatuan Belia Felda Lubok Merbau untuk menyertai APBN tahun ini.
DISEDIAKAN OLEH : NOR HUSNA BT ABDUL HAMID (PBSD PADANG TERAP)
BALING, 24 MAC 2021 – Satu lawatan kerja-kerja mengukur sempadan telah dibuat di KRM Baling oleh Pegawai PBSD Baling pada hari ini . Kerja-kerja pengukuran sempadan ini telah dilakukan oleh juru ukur yang telah dilantik oleh Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah .
Pegawai PBSD Baling melakukan lawatan ini adalah untuk memastikan kerja-kerja pengukuran sempadan dilakukan dengan telus dan baik . Pengukuran sempadan ini melibatkan seluruh kawasan KRM Baling termasuk kawasan padang bolasepak KRM Baling .
DISEDIAKAN OLEH : MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)
BALING, 24 MAC 2021 – Satu mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) telah diadakan pada hari ini di Pejabat Daerah Baling . Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah ini telah membincangkan perihal untuk menyelaras struktur pengurusan Program Imunisasi Covid-19 di daerah Baling . JPBD Baling berperanan dalam menyelia pelaksanaan dasar dan operasi Program Imunisasi Covid-19 melalui Project Management Team yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Baling .
Dimaklumkan , 12 PPV akan dibuka dalam daerah Baling pada fasa 2 dan fasa 3 . Justeru , PBSD Baling telah diminta untuk menyediakan sukarelawan untuk membantu dalam operasi PPV .
Turut hadir ialah Pengarah MKN Negeri Kedah , ketua-ketua Jabatan yang berkaitan PPV dan Pegawai PBSD Baling .
DISEDIAKAN OLEH : MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)
BALING, 24 MAC 2021 – Satu lawatan pemeriksaan cadangan naik taraf dewan serbaguna Bongor telah diadakan pada 07 Mac 2021 (Ahad) yang lalu . Lawatan ini adalah bertujuan untuk memeriksa kondisi dewan serbaguna tersebut yang digunakan oleh masyarakat di Bongor samada majlis sosial mahupun aktiviti sukan .
Turut hadir ialah Puan Maizatul , Pegawai PBSD Baling , MPKK Dusun Raja , Bongor dan Pengerusi 4B Cawangan Bongor .
DISEDIAKAN OLEH : MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)
SIK KEDAH, 24 MAC 2021 – Satu taklimat vaksinasi Covid-19 kepada semua agensi kerajaan di bangunan Tabung Haji Sik telahpun diadakan pada 23 Februari 2021 (Selasa) yang lalu bertempat di Bilik Mesyuarat AADK Sik di Aras 1, Bangunan Tabung Haji Sik, Kedah Darul Aman disini.
Wakil dari PBSD Sik, Pn. Che Siah Binti Mahmud turut hadir bersama dengan agensi lain iaitu MARA, JPN, AADK, RELA, Tabung Haji dan Bank Islam.
Taklimat vaksinasi covid-19 ini telah disampaikan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Sik.
SIK KEDAH, 24 MAC 2021 – Satu taklimat kepada calon sukarelawan berkenaan program Rakan Muda Sports Bubble Volunteer (RMSBV) telahpun diadakan pada 22 Februari 2021 (Isnin) yang lalu bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik, Kedah Darul Aman disini.
Taklimat ini diadakan adalah untuk memberi pengenalan dan pendedahan program kepada calon yang telah mendaftar sebagai sukarelawan RMSBV di daerah Sik.
Pn. Siti Salmiah Binti Md. Ani, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Sik telah menyampaikan taklimat program RMSBV tersebut bersama dengan Pegawai Unit Rakan Muda PBSD Sik.
KULIM, 24 MAC 2021 – Satu program inisiatif tambahan belia (IETB) B 40 iaitu 80 set “Smarrt Farming : Fertigation Box” telah diadakan pada 03 Mac 2021 bertempat di Dewan GPW, Fleda Gunung Bongsu, Karangan, Kulim, Kedah. Program ini merupakan satu program berbentuk bantuan peruntukan kepada Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) yang bertujuan untuk menggalakkan belia FELDA dalam bidang pertanian, khususnya kaedah penanaman menggunakan teknik fertigasi. Program ini mensasarkan golongan belia FELDA untuk meningkatkan ekonomi dengan menjana pendapatan sampingan melalui aktiviti pertanian. Para peserta telah diberi penerangan bersama teori praktikal daripada E-Office Agro Plantation (En Fairuz bin Sharifuddin). Seramai 8 orang belia FELDA telah terpilih untuk mengikuti program ini. En Mohd Zaidi bin Zakariya (Pegawai Belia dan Sukan Daerah) turut hadir didalam program ini mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.
BALING, 24 MAC 2021 – Hari ini telah diadakan Mesyuarat Tapak Bil 9/2021 Naik Taraf Kompleks Rakan Muda Baling Kedah di Bilik Mesyuarat Utama JKR Baling.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh En. Abd Aziz Bin Abd Rahman , Pengarah JBSN Kedah , Puan Siti Hasmah Binti Hassan Timbalan Pengarah JBSN Kedah dan En. Karim , Pegawai Pembangunan JBSN Kedah .
DISEDIAKAN OLEH : MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)
SERDANG, 24 MAC 2021 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu mengambil inisiatif dengan mengadakan Sesi Taklimat Rakan Muda Sports Bubble Volunteers (RM-SBV) Tahun 2021 yang dipengerusikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu, Encik Shamsul Qamar Shamsuddin bertempat di Blik Pengurusan Kompleks Sukan Komuniti Daerah Bandar Baharu dekat sini. Taklimat tersebut disampaikan oleh Puan Fariza Ghazalli, Ketua Sekretariat RM-SBV Daerah Bandar Baharu. Sesi ini turut dihadiri oleh Pengerusi Majlis Belia Daerah Bandar Baharu, Mentor Anugerah Remaja Perdana dari Persatuan Belia Melayu Aktif dan Sukarelawan RM-SBV Daerah Bandar Baharu yang telah berdaftar.
Diharapkan semoga dengan penubuhan Skuad Sukarelawan RM-SBV di daerah ini dapat membantu merealisasikan matlamat Kerajaan bagi mengekang penularan Covid-19 melalui pemantauan dan promosi dan pada masa yang sama membantu merancakkan aktiviti sukan serta rekreasi yang akan turut membantu dalam pertumbuhan ekonomi negara khususnya di selatan negeri Kedah ini.
Satu majlis sambutan hari ulang tahun kelahiran Pembantu Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu iaitu Encik Mohd Hafiz Jamaludin juga diadakan sempena sesi taklimat itu yang turut diraikan oleh semua peserta dan jemputan yang hadir.
DISEDIAKAN OLEH : RAMLI SANI BIN SOPIAN (PBSD BANDAR BAHARU)