- JBS Kedah
- Hits: 629
MISI BANTUAN BANJIR PAHANG DILANCAR
ALOR SETAR, 17 FEBRUARI 2021 – Kelab Rakan Muda Parlimen Alor Setar melancarkan Misi Bantuan Banjir Pahang Di Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Kedah baru-baru ini.Program ini mendapat kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar, Majlis Belia Daerah ( MBD) Kota Setar , Yayasan Sultanah Bahiyah, Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia ( MAYC) Kedah dan Gabungan Truckers Utara.
Majlis Pelancaran ini disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama Pendidikan Dan Sumber Manusia Negeri Brigedier Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad bersama Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah Encik Abdul Aziz Abdul Rahman.Seramai 27 orang Sukarelawan yang menyertai misi ini yang diketuai oleh Saudara Mohamad Shafizal bin Mohamad Shafee bersama Saudara Mohamad Shukran Bin Mohd Ribi.
DISEDIAKAN OLEH : PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH KOTA SETAR
- JBS Kedah
- Hits: 629
