BALING, 26 JANUARI 2021 – Pada 1 Januari 2021 (Jumaat) yang lalu , Persatuan Belia 4B Cawangan Bongor Baru telah mengadakan Program Sambutan Tahun Baharu di Kg.Bongor Baru , Baling .
Antara aktiviti-aktiviti sepanjang program yang diadakan sempena Tahun Baru 2021 ini adalah bacaan Yasin , senamrobik , sukaneka , pertandingan memasak , solekan wajah , gerai cantik , ratu kebaya dan nyanyian .
VIP yang hadir ialah Tuan Abdul Azeez Bin Rahim , Ahli Parlimen Baling . Turut hadir ialah Saudara Hamdi , Pengerusi Persatuan Belia 4B Malaysia Kawasan Baling dan En.Danial , Pegawai PBSD Baling .
DISEDIAKAN OLEH : MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)
- JBS Kedah
- Hits: 517
