BANDAR BAHARU, 19 JANUARI 2021 - Selama 6 hari 5 malam telah berlangsungnya program On Going Gold dari Badan Operasi Persatuan Belia Melayu Aktif Pekan Serdang yang disertai oleh seramai 6 orang peserta yang bersemangat waja bagi menyelesaikan komponen Projek Penempatan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Emas bertempat di Drisa Impiana Campsite Kampung Batu Hampar, Gerik, Perak pada hujung Tahun 2020 yang lalu.
Dalam kesempatan ini Pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu merakamkan tahniah kepada semua Ahli Projek Penempatan Tahap Emas ini serta turut merakamkan jutaan terima kasih juga kepada Puan Salwa Senawi (Penolong Pengarah Pembangunan Rakan Muda JBSNK) di atas kesudian merasmikan Majlis Penutupan Projek Penempatan dan Encik Mohd Rizairi Jamaluddin Pegawai Belia dan Sukan Hulu Perak yang telah memberikan bantuan semaksimum mungkin bagi menjayakan projek ini. Ini termasuk Jawatankuasa Masjid Al-Fateh, Jawatankuasa Masjid Terap dan Jawatankuasa Masjid Sungai Salleh di atas sumbangan dana kewangan bagi menjayakan projek ini. Juga kepada mentor Persatuan Belia Dinamik Barat Negeri Sembilan yang datang dari jauh memberikan sokongan dan motivasi kepada semua ahli yang terlibat. Pihak pejabat ini terus berazam bagi melahirkan lebih ramai peserta dapat menyertai projek penempatan ini untuk edisi Tahun 2021 ini pula.
DISEDIAKAN OLEH : RAMLI SANI BIN SOPIAN (PBSD BANDAR BAHARU)
- JBS Kedah
- Hits: 430
