KUALA NERANG KEDAH, 30 DISEMBER 2020 – Satu sesi santai telah diadakan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah, En. Mohd Farizan Bin Mat Arshad dengan Penghulu Mukim Padang Temak, En. Rezuwan Bin Abdullah @ Zainol untuk membincangkan hal tuju dan transformasi untuk belia-belia Mukim Padang Temak. Selain itu perbincangan juga menyentuh berkenaan program-program yang akan dilaksanakan pada masa hadapan serta mencari intipati untuk menarik belia-belia Mukim Padang Temak untuk menyertai persatuan-persatuan belia. Semoga sesi dapat menghasilkan satu input yang berguna untuk belia-belia di Mukim Padang Temak.
DISEDIAKAN OLEH : MOHD SYAFIQ BIN ABDULAH (PBSD PADANG TERAP)
- JBS Kedah
- Hits: 617
