KEDAH, 20 DISEMBER 2020 – Persiapan tempat dan program giat dijalankan oleh semua Ahli Jawatankuasa Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kedah bagi memastikan perjalanan program dapat berjalan dengan lancar dan sempurna.
DISEDIAKAN OLEH : JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH.
ALOR SETAR, KEDAH, 20 DISEMBER 2020 – Majlis Belia Daerah (MBD) Yan telah mengadakan sesi kunjung hormat ke Pejabat Pendaftar Belia (ROY) Zon Utara. Majlis Belia Daerah Yan diwakili oleh Encik Mohd Izham bin Romli Setiausaha MBD Yan bersama Mohd Khairulddin bin Abu Hassan Pengerusi MAYC Kawasan Jerai.
Sempena sesi kunjung hormat itu juga diserahkan laporan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) Majlis Belia Daerah Yan. Laporan berkenaan merupakan maklumat terbaru berkaitan Mesyuarat Agung MBD Yan yang telah dilaksanakan baru ini.
Menurut Encik Mohd Izham bin Romli melalui sesi kunjung hormat itu juga pihak MBD Yan mendapatkan beberapa pandangan dan nasihat dari Encik Muhammad Khidir bin Mohd Fauzi Pendaftar ROY Utara. Perbincangan ini penting bagi urusan pentadbiran dan aktiviti NGO belia khususnya dalam Daerah Yan.
KEDAH, 20 DISEMBER 2020 - Jelajah Obor merupakan satu program yang menyediakan portal ulangkaji percuma kepada 6600 pelajar SPM melibatkan 66 buah sekolah di seluruh Negeri Kedah. Portal ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh GPMS dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan MOSTI.
Satu majlis pelancaran telah dilaksanakan baru-baru ini yang telah disempurnakan oleh YAB Tuan Haji Muhammad Sanusi Bin Md. Nor, Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman. Turut serta dalam pelancaran tersebut, Datin Siti Hajar binti Said ,Ketua Penolong pengarah Kanan Unit Bahasa Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Encik Abd Aziz bin Abd Rahman, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Kedah, Encik Asril Ariff bin Abd Malik, Pengerusi GPMS Negeri Kedah serta Setiausaha GPMS Kedah, Cik Nur Fazlin binti Abu Suaib Khan.
DISEDIAKAN OLEH : JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH
KEDAH, 17 DISEMBER 2020 - Pelancaran Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia Peringkat Negeri Kedah 2020 telah berlangsung dengan kerjasama Majlis Daerah Kubang Pasu, Majlis Perbandaran Kubang Pasu,Bulan Sabit Merah Cawangan Kubang Pasu Dan Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kubang Pasu di Taman Suria, Jitra Kedah.
Turut hadir dalam pelancaran tersebut, Pengarah IKBN Jitra, Setiausaha Majlis Perbandaran Kubang Pasu, Pegawai Pejabat Kebajikan Masyarkat Daerah Kubang Pasu, Penasihat Majlis Belia Daerah Kubang Pasu, serta Pengerusi Majlis Belia Daerah Kubang Pasu.
DISEDIAKAN OLEH : JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH
SIK KEDAH, 17 DISEMBER 2020 – Mesyuarat Penyelarasan Kayuhan Belia Sejahtera Bersama YAB. Menteri Besar Kedah telahpun diadakan pada 16 Disember 2020 (Rabu) yang lalu bertempat di Pejabat Daerah Sik, Sik, Kedah Darul Aman disini.
Pada mesyuarat tersebut, telah ditetapkan bahawa tarikh penganjuran program ini akan berlangsung pada 28 Disember 2020 (Isnin) nanti.
Peranan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik adalah memastikan penyertaan peserta belia dan pembahagian jawatankuasa yang terdiri daripada pelbagai agensi dan jabatan selain turut dibantu NGO’s belia dan sukan dalam daerah Sik untuk kelancaran program berkenaan.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Ybhg. Tn. Mahamad Suhaimi Bin Man, Pegawai Daerah Sik. Hadir bersama En. Abd. Aziz Bin Abd. Rahman, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, agensi-agensi berkaitan serta NGO’s belia dan sukan daerah Sik. Turut hadir bersama Pn. Siti Salmiah Binti Md. Ani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik.
KEDAH, 17 DISEMBER 2020 - Persatuan Mendaki Negeri Kedah telah melakukan kunjung hormat ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah baru-baru ini. Kehadiran ini telah disambut mesra oleh Yg. Bhg Encik Abd Aziz bin Abd Rahman Pengarah serta semua pegawai dan kakitangan JBSNK.
DISEDIAKAN OLEH : JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH
KEDAH, 17 DISEMBER 2020 - Pihak Jabatan Belia Dan Sukan Kedah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yayasan Sultanah Bahiyah atas sumbangan hand sanitiser sempena sambutan Hari Kesukaralawanan Belia Malaysia 2020. Hand sanitiser tersebut akan diedarkan sebagai sumbangan kepada ahli belia dan golongan yang memerlukan.
DISEDIAKAN OLEH : JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH
BALING, 20 DISEMBER 2020 – Satu perjumpaan bersama peniaga-peniaga jalanan yang berniaga di hadapan Kompleks Rakan Muda Baling (KRMB) bersama Pegawai PBSD Baling telah diadakan pada hari ini di Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Baling .
Perjumpaan ini telah membincangkan dan memaklumkan bahawa tapak perniagaan yang digunakan oleh para peniaga makanan dan minuman di hadapan KRM Baling adalah terletak di bawah bidang kuasa Majlis Daerah Baling . Para peniaga juga dimaklumkan agar sentiasa mematuhi aspek keselamatan dan kebersihan dan SOP yang perlu dipatuhi sepanjang aktiviti perniagaan dijalankan.
DISEDIAKAN OLEH : MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)
BALING, 20 DISEMBER 2020 – Satu mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) peringkat daerah Baling telah dilaksanakan pada hari ini.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Mohd Shahadan Bin Abdullah, Pegawai Daerah Baling di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Baling.
Intipati mesyuarat telah membincangkan dan membentangkan tentang isu dan permasalahan senario penyalahgunaan dadah di kalangan masyarakat daerah Baling.
Turut hadir ialah ketua-ketua jabatan daerah Baling, Pn.Maizatul Akmam Binti Adam, Pegawai PBSD Baling ,dan penghulu-penghulu mukim daerah Baling .
DISEDIAKAN OLEH : MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)