ALOR SETAR KEDAH, 3 DISEMBER 2020 – Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah adalah antara penerima sijil penghargaan 100% pembancian e-CENSUS daripada Jabatan Perangkaan & Statistik Malaysia Negeri Kedah kerana telah melengkapkan 100% bancian e-census secara dalam talian.
Berikutan itu, Satu Majlis Penyerahan sijil telah dilaksanakan bagi menyerahkan sijil penghargaan tersebut kepada wakil Ibu Pejabat JBSN Kedah serta wakil-wakil Pejabat Belia dan Sukan Daerah dengan disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah sendiri iaitu Encik Abdul Aziz Bin Abd. Rahman.
DISEDIAKAN OLEH: JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH
- JBS Kedah
- Hits: 466
