- JBS Kedah
- Hits: 356
PEMANTAUAN PEMATUHAN PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) SEKTOR SUKAN DAN REKREASI DI PREMIS KECERGASAN
KULIM, 24 MAC 2021 – Pemantauan Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Sektor Sukan Dan Rekreasi di beberapa premis yang telah berdaftar dengan MITI telah dilawati oleh En Mohd Zaidi bin Zakariya dan En Jamaluddin bin Jusoh pada 17, 18 dan 24 Februari 2021 yang lalu.
Antara premis-premis yang telah dilawati ialah Infinity Gym & Fitness, KHTP Sport Complex, X-Fit Gym & Studio, Serantau Gym & Fitnmess, Fury Fitness dan T-Fit Gym, . Kesemua premis yang dilawati adalah premis perniagaan yang berasaskan produk kesihatan dan kecergasan.
Pemantauan ini dilaksanakan bagi melihat sejauh mana pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan kepatuhan individu mahupun pelanggan dalam mematuhi dan mengikuti SOP Sektor Sukan dan Rekreasi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Keselamatan Negara. Pemantauan ini juga bertujuan memberi khidmat nasihat dan membantu operator premis dan individu untuk memahami dan menambah baik pematuhan terhadap SOP tersebut bagi membantu usaha kerajaan dalam memerangi pendemik virus Covid - 19.
DISEDIAKAN OLEH: NAZERAH BINTI MD NAJIB (PBSD KULIM)
- JBS Kedah
- Hits: 356
