- JBS Kedah
- Hits: 355
SUKARELAWAN MYVAC DAERAH SIK HADIRI TAKLIMAT PENUGASAN PEMBERIAN VAKSIN COVID-19
SIK KEDAH, 30 MAC 2021 – Satu taklimat penugasan pemberian vaksinasi Covid-19 kepada semua semua sukarelawan MYVAC Daerah Sik telahpun diadakan pada 29 Mac 2021 (Isnin) yang lalu bertempat di Bilik Mesyuarat Klinik Kesihatan Daerah Sik, Sik, Kedah Darul Aman disini.
Taklimat ini memberi fokus kepada penerangan lengkap berkaitan Skop Tugas Stesen yang akan dilakukan oleh sukarelawan MYVAC Sik di Pusat Pemberian Vaksin(PPV) di Dewan Al-Hana, Sik bermula pada 19 April 2021 nanti.
Taklimat ini telah disampaikan oleh Pegawai Kesihatan Daerah Sik, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Sik. Hadir bersama Pn. Siti Salmiah Binti Md. Ani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik.
DISEDIAKAN OLEH : WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD SIK)
- JBS Kedah
- Hits: 355
