NAKA, 5 APRIL 2021 – Satu program sembang santai bersama penggiat sukan dan rekreasi kawasan Naka telah diadakan baru-baru ini. Seramai 15 orang penggiat sukan dan rekreasi kawasan Naka telah menghadiri program ini. Program ini bertujuan untuk mendekati golongan belia yang masih berminat di dalam bidang sukan dan rekreasi.
Program ini juga bertujuan untuk membina semula jaringan dan hubungan di antara penggiat sukan dengan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap. Semoga program Santai Mesra ini dapat menghasilkan satu input yang berguna untuk kakitangan PBSDPT dan penggiat sukan tersebut.
DISEDIAKAN OLEH: NOR HUSNA BT ABDUL HAMID (PBSD PADANG TERAP)
- JBS Kedah
- Hits: 359
