- JBS Kedah
- Hits: 390
SUMBANGAN BEG SEKOLAH PELAJAR
YAN, KEDAH, 24 FEBRUARI 2021 – Pejabat Khidmat Ahli Parlimen Jerai telah menyumbangkan 300 beg sekolah sebagai membantu meringankan beban kepada penduduk dalam Parlimen Jerai.
Golongan pelajar yang akan mendapat sumbangan beg sekolah ini adalah dipilih dari kalangan keluarga susah dan B40. Golongan pelajar ini dikenalpasti melalui maklumat yang diperolehi dari sekolah dalam Parlimen Jerai. Sumbangan beg sekolah ini diterima oleh Guru Besar dan Pengetua sekolah yang terpilih.
YB Ustaz Sabri bin Azit Ahli Parlimen Jerai menyampaikan sendiri sumbangan beg sekolah berkenaan di Pejabat Khidmat Ahli Parlimen Jerai. Menurut YB Ustaz Sabri Azit, sumbangan beg dan wang tunai ini adalah bagi meringankan bebanan ibubapa dari golongan B40 dalam Parlimen Jerai.
DISEDIAKAN OLEH : JOHARDI BIN ROSLA (PBSD YAN)
- JBS Kedah
- Hits: 390
