SUNGAI PETANI, 28 OKTOBER 2020 - Seramai 20 orang pelajar dari sebuah bengkel kemahiran swasta telah terlibat dalam satu taklimat program anugerah remaja perdana rakan muda harini. SLC Auto Academy yang di pimpin oleh En Shahril serta penolong beliau En Nizar telah mensasarkan kesemua pelajar mereka akan mengikuti program ini bermula dengan pingat gangsa untuk tahun 2021 akan datang
Taklimat telah di sampaikan dari Unit Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah yang bermula pada jam 10 pagi di Pejabat belia dan sukan daerah Kuala Muda. Turut hadir sama Puan Salwa, Penolong Pengarah Rakan Muda Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah.
DISEDIAKAN OLEH: MOHD ABDUL AL ALIFF BIN HJ JENAL (PBSD KUALA MUDA)
- JBS Kedah
- Hits: 388
