SUNGAI PETANI, 19 OKTOBER 2020 - Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kuala Muda Meraikan majlis pertukaran Pembantu tadbir Pn Noor Azlina yang telah bertukar ke Jabatan Pengangkutan Jalan Sungai Petani yang telah berkuatkuasa pada 14 oktober yang lalu setelah 16 tahun berkhidmat di Pejabat Belia dan Sukan Kuala Muda. Majlis ini merupakan majlis perpisahan bagi mengenangkan jasa – jasa beliau sepanjang berkhidmat di Pejabat ini dengan penuh berdedikasi. Pihak pejabat mengucapkan setinggi tinggi penghargaan di atas khidmat yang telah di sumbangkan dan mengharapkan Pn Azlina terus maju di tempat beliau yang baharu.
DISEDIAKAN OLEH : MOHD ABDUL AL ALIFF BIN HJ JENAL (PBSD KUALA MUDA)
- JBS Kedah
- Hits: 392
