BALING, 25 OKTOBER 2020 – Kerja-kerja naiktaraf Kompleks Rakan Muda Daerah Baling (KRM Baling) telah beroperasi semula selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan bermula . Kerja-kerja naiktaraf KRM Baling ini merangkumi bangunan asrama , dewan serbaguna dan gelanggang sukan yang akan dijangka siap dalam tempoh setahun .
Pada ketika ini , kerja-kerja naiktaraf telah diteruskan dengan meruntuhkan pagar berjaring gelanggang futsal sedang dijalankan untuk membina gelanggang futsal berbumbung dan dilengkapi dengan lampu limpah untuk kegunaan waktu malam . Gelanggang futsal yang baharu dijangka memberi manfaat kepada pengguna untuk bermain futsal tidak kira pada hari siang atau malam .
DISEDIAKAN OLEH : MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)
- JBS Kedah
- Hits: 376
