KULIM KEDAH, 26 OKTOBER 2020 – Timbalan Pengarah Bahagian Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, En Mohd Suhaimi bin Mohd Saad telah membuat satu lawatan kerja ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kulim pada 22 Oktober 2020 (Khamis). Lawatan ini juga disertai oleh Pegawai Pembangunan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, En Mohd Shahrizal bin Ismail. Lawatan ini merangkumi perbincangan berkaitan pembangunan belia, sukan dan rakan muda di Daerah Kulim. Turut bersama ialah Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kulim, En Mohd Zaidi bin Zakariya dan Penolong Pegawai Belia dan Sukan (Sukan), En Jamaluddin bin Jusoh.
DISEDIAKAN OLEH: NAZERAH BINTI MD NAJIB (PBSD KULIM)
- JBS Kedah
- Hits: 560
