YAN KEDAH, 14 OKTOBER 2020 – Majlis Daerah Yan telah melaksanakan Mesyuarat AJK Kali Ke-3/2020 di Pejabat Majlis Belia Daerah Yan. Mesyuarat ini dihadiri oleh semua AJK Majlis Belia Daerah Yan. Mesyuarat di Pengerusikan oleh Encik Mohd. Hafiz bin Hj. Abu Hassan Pengerusi Majlis Belia Daerah Yan.
Agenda utama mesyuarat kali ini adalah membincangkan persediaan dan penyelarasan Mesyuarat Agung Majlis Belia Daerah Yan Kali Ke-22 yang telah dicadangkan diadakan di The Regency Resort Gunung Jerai. Mesyuarat ini dijangka akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Ahli Parlimen Jerai.
Pegawai Belia dan Sukan Daerah Yan yang merupakan rakan kongsi juga dijemput pada mesyuarat yang akan diadakan nanti.
DISEDIAKAN OLEH : JOHARDI BIN ROSLA (PBSD YAN)
- JBS Kedah
- Hits: 538
