POKOK SENA, KEDAH – 10 OGOS 2020. Tanggal 27 Julai 2020, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pokok Sena, menerima kunjungan daripada Yb Ustaz Salim Bin Mahmood Al Hafiz bersama dengan rombongannya. Pertemuan ini di adakan di Bilik mesyuarat PBSD Pokok Sena. Rombongan seramai 5 orang yang hadir bersama dengan Yb Ustaz Salim Bin Mahmood Al Hafiz di sambut oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pokok Sena dengan kakitangan yang lain.
Antara intipati pertemuan dua hala ini adalah penerangan daripada PBSD mengenai beberapa program Belia, Sukan & Rakan Muda . Turut dibincangkan program pembangunan belia amnya di Daerah Pokok Sena. Kunjungan ini merapatkan lagi ukhuwah antara pbsd bersama dengan Pejabat ADUN.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD POKOK SENA)
- JBS Kedah
- Hits: 721
