SIK KEDAH, 10 SEPTEMBER 2020 – Kunjung hormat pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik ke atas YB. Ahli Parlimen Sik telahpun diadakan pada 09 September 2020 (Rabu) yang lalu bertempat di Pejabat Ahli Parlimen Sik, Sg. Pau, Sik, Kedah Darul Aman disini.
Kunjung hormat ini dilakukan adalah untuk membincangkan beberapa perkara berkaitan kemudahan infrastruktur sukan serta pengisian aktiviti/program modal insan yang akan diadakan di daerah Sik nanti.
YB. Tn. Ahmad Tarmizi Bin Sulaiman, Ahli Parlimen Sik telah sudi menerima kunjungan hormat daripada Pn. Siti Salmiah Binti Md. Ani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik.
Turut hadir bersama En. Wan Syahrin Bin Ali, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik dan En. Mohamad Wajih Bin Din, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Sik.
DISEDIAKAN OLEH : WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD SIK)
- JBS Kedah
- Hits: 576
