- JBS Kedah
- Hits: 626
PERBINCANGAN PROGRAM KESUKARELAWANAN IKBN NAK BERKOLABORASI BERSAMA PBSD SIK & MAAHAD DINI SULTAN ABDUL HALIM CAWANGAN SIK
SIK KEDAH, 08 OKTOBER 2020 – Perbincangan pelaksanaan Program Kesukarelawanan IKBN Naka dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik dan Maahad Dini Sultan Abdul Halim Cawangan Sik telah pun diadakan pada 06 Oktober 2020 (Selasa) bertempat di Maahad Dini Sultan Abdul Halim, Belantik, Mukim Sok, Sik, Kedah Darul Aman disini.
Perbincangan ini diadakan untuk menyelaras program sukarelawan IKBN Naka yang akan diadakan pada 24 Oktober 2020 nanti dengan mengadakan aktiviti khidmat masyarakat beberapa penambahbaikkan beberapa kemudahan untuk pelajar dan guru Maahad Dini tersebut.
Dalam perbincangan ini, telah dihadiri oleh En. Mohammad Hafifi Bin Jamaludin, Timbalan Pengarah IKBN Naka, Ustaz Syafirul Izwan Bin Abdullah, Pembantu Hal Ehwal Islam IKBN Naka Kota Aur dan En. Wan Asraf Bin Wan Ahmad, Pengetua Maahad Dini Sultan Abdul Halim Sik. Turut hadir bersama, En. Wan Syahrin Bin Ali, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik.
DISEDIAKAN OLEH : WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD SIK)
- JBS Kedah
- Hits: 626
