BANDAR BAHARU KEDAH, 30 SEPTEMBER 2020 – Ahli Jawatankuasa Masjid Al Islah Kampung Permatang Kerat Telunjuk dekat sini mempunyai idea yang lebih menarik untuk menarik golongan belia dan beliawanis mencintai masjid dengan mengadakan Program Belia Cergas dan Cerdas mendaki Bukit Limau yang menjadi tumpuan masyarakat setempat pada 26 September 2020 yang lalu. Program tersebut bermula di perkarangan masjid dan para peserta bersama Ahli Jawatankuasa masjid memulakan pendakian seawal 8.00 pagi selepas aktiviti regangan dilaksanakan serta taklimat keselamatan disampaikan oleh jurulatih yang dilantik oleh pihak masjid. Ketika tiba di puncak para peserta dipecahkan kepada kumpulan kecil untuk beberapa aktiviti sampingan serta tazkirah santai yang disampaikan oleh Tuan Imam masjid ini.
Apabila turun di kaki bukit para peserta dijamu dengan jamuan kenduri di rumah seorang masyarakat setempat yang kebetulan mengadakan kenduri pada hari tersebut. Semoga dengan aktiviti sebegini dapat menarik lebih ramai golongan belia mengimarahkan aktiviti di masjid.Turut serta dalam aktiviti ini Pegawai-pegawai dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu serta Pegawai Kesihatan Daerah yang turut merupakan anak tempatan.
DISEDIAKAN OLEH : RAMLI SANI BIN SOPIAN (PBSD BANDAR BAHARU)
- JBS Kedah
- Hits: 579
