KUBANG PASU, 27 JULAI 2020 – Sesi penilaian Anugerah Perdana Belia Negara bagi kategori pertubuhan telah dijalankan di daerah Kubang Pasu. Seperti dimaklumkan, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Kubang Pasu telah dicalonkan bagi pengiktirafan kali ini.
Sesi penilaian ini dijalankan berpandukan kriteria serta proses yang penting terutamanya daripada aspek tatacara pengoperasian serta dokumentasi yang mematuhi garis panduan serta peraturan yang termaktub didalam Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia.
DISEDIAKAN OLEH : MOHD SHAKIR BIN NAWAWI (PBSD KUBANG PASU)
KULIM, KEDAH 27 JULAI 2020 – Satu perjumpaan bersama calon Unsung Hero 2020 Daerah Kulim telah diadakan di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kulim. Perjumpaan ini diadakan bagi membincangkan perkara berkaitan anugerah tersebut. Anugerah Unsung Heroes ini merupakan satu penghargaan dan pengiktirafan kepada belia atas sumbangan kepada masyarakat dan negara semasa tempoh PKP bagi menghadapi pandemik COVID-19. Calon yang berkelayakan adalah individu yang memberikan sumbangan dalam bidang keusahawanan/keselamatan/perubatan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19. Daerah Kulim telah mencalonkan Saudara Jeevithran bagi kategori sukarelawan belia kerana beliau sangat aktif didalam aktiviti kesukarelaan membantu masyarakat ketika negara di landa pandemik COVID 19.
DISEDIAKAN OLEH: NAZERAH BINTI MD NAJIB (PBSD KULIM)
KULIM, KEDAH 27 JULAI 2020 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kulim telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Bil.4/2020 bertempat di Bilik Mesyuarat PBSD Kulim. Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan serta menyelesaikan beberapa isu dan perkara berbangkit berkaitan program – program Belia, Sukan, Rakan Muda, hal pentadbiran, pengurusan aset dan sebagainya. Mesyuarat pengurusan ini dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan PBSD Kulim. Ini merupakan mesyuarat berkala di dalam menyelaraskan pentadbiran serta pengurusan pejabat selaras dengan arahan semasa Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
DISEDIAKAN OLEH: NAZERAH BINTI MD NAJIB (PBSD KULIM)
KULIM, 27 JULAI 2020 – Ketua Pengarah JBSN, Datuk Hatipah binti Ibrahim telah membuat satu lawatan kerja ke Sulaiman Plantation iaitu ladang usahawan belia yang terletak di Pantai Prai dan Merbau Pulas, Kulim, Kedah. Lawatan kerja sehari ini juga turut di sertai Pegawai Pertubuhan Peladang Kawasan Padang Serai dan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kulim. Ladang usahawan belia ini diuruskan sepenuhnya oleh En Syed Salleh bersama bapanya iaitu En Syed Sulaiman. Tanaman yang diusahakan ialah halia fertigasi, kelapa, cili dan juga madu kelulut. Menurut En Syed Salleh, tanaman ini akan dieksport untuk pasaraya di sekitar Kuala Lumpur. Lawatan dimulakan di Ladang B iaitu halia fertigasi yang terletak di Pantai Prai sebelum bergerak ke Ladang A untuk tanaman kelapa, cili dan madu kelulut.
DISEDIAKAN OLEH: NAZERAH BINTI MD NAJIB (PBSD KULIM)
KUBANG PASU, KEDAH, 27 JULAI 2020 – Pada tarikh ini boleh dianggap suatu peristiwa yang bakal menjadi pemangkin atau pencetus kepada perubahan terhadap aspirasi dan masa depan pembangunan para belia khususnya di DAERAH Kubang Pasu.
Hal ini berikutan pertemuan serta kunjung hormat ke atas Y.B Exco Belia & Sukan,Pelancongan, Seni & Budaya, Pembangunan Usahawan & Koperasi, Encik Mohd Firdaus Bin Ahmad oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kubang Pasu, Encik Megat Shahrom Bashir Bin Makhdzir bersama delegasi yang mewakili NGO / pertubuhan belia dan sukan daerah Kubang Pasu.
DISEDIAKAN OLEH : MOHD SHAKIR BIN NAWAWI (PBSD KUBANG PASU)
POKOK SENA, KEDAH – 27 JULAI 2020. Sempena dengan lawatan turun padang Puspanita Cawangan Negeri ke Daerah Kubang Pasu, satu program ‘hiking’ Bukit Kodiang telah di jalankan oleh Puspanita Cawangan Daerah Kubang Pasu pada 16 Julai 2020 .
Se awal jam 7.30 pagi peserta telah hadir untuk sesi pendaftaran dan dibekalkan dengan pek sarapan pagi. Terdapat dua kumpulan peserta yang terlibat di dalam program ini iaitu peserta senamrobik dan hiking. Dua orang kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Pokok Sena turut menyertai program bersama 3 lagi ahli puspanita Cawangan Daerah Pokok Sena.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD POKOK SENA)
POKOK SENA, KEDAH – 27 JULAI 2020. Selamat Tinggal ,Cik Nurul Athira Binti Ahmad Nizam pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seremban 3, Negeri Sembilan yang menjalani latihan Perindustrian (intern) mulai daripada 04 Jun hingga 23 Julai 2020 di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pokok Sena.
Untuk itu, satu majlis ringkas telah di adakan bagi meraikan tamat latihan praktikal beliau di sini. Pesanan kami warga PBSD Pokok Sena, segala ilmu yang di pelajari di sini gunakan untuk keperluan di masa akan datang, selamat maju jaya Cik Nurul Athita Binti Ahmad Nizam.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD POKOK SENA)
POKOK SENA, KEDAH – 27 JULAI 2020. Program Rakan Muda di Hati 2020-RMT Visual telah diadakan pada sekitar bulan April 2020 yang lalu. Program ini menggunakan aplikasi whatapp. Setiap peserta akan membaca satu muka surat bagi satu juzuk yang telah diberikan bagi setiap hari dengan menggunakan fungsi ‘voice notes’, guru pembimbing akan memperbetulkan bacaan peserta juga melalui fungsi ‘voice notes’.
Bagi Daerah Pokok Sena, PBSD telah menghantar 2 orang peserta iaitu Nurin Farhana Binti Mohd Rizul dan Aimam Nur Iffah Binti Abd Hamid. Baru-baru ini telah di adakan majlis ringkas penyampaian sijil penyertaaan kepada mereka berdua di Sekolah Menengah Sains Pokok Sena, Kedah oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pokok Sena
Encik Muhammad Bin Alli.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD POKOK SENA)
BANDAR BAHARU, 27 JULAI 2020 – Daerah Bandar Baharu mencalonkan Persatuan Belia Melayu Aktif dalam Sesi Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Kedah Kategori Pertubuhan Belia yang berlangsung di Kompleks Sukan Komuniti Daerah Bandar Baharu di Pekan Serdang dekat sini pada 21 Julai 2020 yang lalu.
Barisan panel yang diketuai oleh Encik Mohamad Suhaimi Saad memuji Persatuan ini yang sudi menyahut cabaran untuk menjadi persatuan belia pertama di negeri Kedah yang dinilai pada Tahun 2020.
Menurut Pengerusi Persatuan inI Saudara Amir Syarifuddin Abdul Majid persatuan ini ditubuhkan pada 14 Mac 2012 dan telah ditauliahkan sebagai Badan Operasi Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda pada 1 Ogos 2017. Pada 25 Januari 2018 pula Persatuan ini telah dilantik sebagai penggerak Sukan ‘Powerbocking Skyrunner’ Zon Utara di bawah Pertubuhan Skyrunner Malaysia.
Menurut Encik Shamsul Qamar Shamsuddin Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu dalam ucapannya dipetik, mengharapkan persatuan ini akan terus kekal aktif serta memperbaiki teguran yang diberikan oleh ahli panel bagi memantapkan lagi pengurusan serta pentadbiran persatuan ini pada masa akan datang.
DISEDIAKAN OLEH : RAMLI SANI BIN SOPIAN (PBSD BANDAR BAHARU)