BANDAR BAHARU, 15 JULAI 2020 - YB Tuan Mohd Firdaus Ahmad, Exco Pelancongan, Seni dan Budaya, Belia dan Sukan dan Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Kedah mengadakan pertemuan dan sembang santai bersama Pegawai-pegawai Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu, Belia Kampung Relau dan serta wakil Pertubuhan Belia, Sukan dan Rakan Muda Daerah Bandar Baharu. Pertemuan tersebut berlangsung meriah tetapi dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ini bertempat di Farmstay Relau iaitu sebuah resort yang menjadi tumpuan umum dekat sini.
Pertemuan kali pertama ini adalah untuk sesi suai kenal serta membincangkan hala tuju belia di daerah Bandar Baharu ini. Lawatan YB Exco Belia dan Sukan ini diatur khas selepas YAB Menteri Besar Kedah mempengerusikan mesyuarat Ahli Majlis Kerajaan Negeri serta mengadakan lawatan kerja di beberapa tempat sekitar daerah ini. YB Exco Belia dan Sukan juga sudi menjawab serta memberi pandangan dalam setiap persoalan dan cadangan yang dikemukakan dalam pertemuan tersebut.
DISEDIAKAN OLEH : RAMLI SANI BIN SOPIAN (PBSD BANDAR BAHARU)
- JBS Kedah
- Hits: 497
