BALING , 28 JULAI 2020 – Pegawai Belia dan Sukan Baling telah mendapat jemputan pada 24 Julai 2020 (Jumaat) yang lalu dari pengusaha muda saudara Shahril Nizam bin Mohd Ghazali untuk melawat hasil usaha tanaman beliau iaitu tanaman pisang dan durian di atas tanah berkeluasan lebih 14.3 hektar bertempat di Kampung Dalam Wang.
Tanaman ini telah mula diusahakan semenjak 2 tahun yang lalu dan dijangka mengeluarkan hasil dalam masa beberapa tahun lagi. Selain itu, pokok buah-buahan tempatan seperti dokong, rambutan dan cempedak dan lain-lain turut ditanam untuk mempelbagaikan buah-buahan di atas tanah yang diusahakan .
Saudara Nizam juga menyatakan hasrat untuk menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan desa pelancongan di mana beberapa unit chalet akan turut dibina di kawasan tersebut untuk para pengunjung berehat sambil menikmati keenakan buah-buahan tempatan.
DISEDIAKAN OLEH: MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)
- JBS Kedah
- Hits: 481
