LANGKAWI, 20 JULAI 2020 – Program Sembang Santai bersama YB Firdaus ADUN Kuah merangkap Exco Belia dan Sukan dan Exco Pelancongan Negeri Kedah telah berlangsung pada 18 julai 2020 (sabtu) . Program ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Adya Hotel pada jam 4.00 petang . Program ini diadakan bagi membincangkan hala tuju persatuan belia dan Sukan dan Pembangunan ekonomi usahawan – usahawan di daerah langkawi yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia baru – baru ini. Program ini dihadiri oleh wakil Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Langkawi, Persatuan-persatuan Belia dan Sukan di Daerah Langkawi dan Majlis Belia Daerah Langkawi.
DISEDIAKAN OLEH : MUHAMAD AFIF HAFIFFI BIN HASSIM (PBSD LANGKAWI)
LANGKAWI, 20 JULAI 2020 – Persatuan Perahu Layar Kedah telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-18 bagi tahun 2020 pada hari sabtu yang lalu. Mesyuarat tersebut telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan Langkawi telah bermula pada jam 10.00 pagi yang telah dipengerusikan oleh Pengerusi Persatuan Perahu Layar Kedah Encik Mohd Afendy Bin Abdullah. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh wakil daripada agensi-agensi tempatan Langkawi. Mesyuarat Agung kali ini juga melibatkan sesi perletakan dan perlantikan Ahli Jawatankuasa (AJK) Baharu untuk sesi 2020.
DISEDIAKAN OLEH : MUHAMAD AFIF HAFIFFI BIN HASSIM (PBSD LANGKAWI)
KUBANG PASU, KEDAH, 16 JULAI 2020 – Sempena lawatan turun padang Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam (PUSPANITA) negeri Kedah ke daerah Kubang Pasu, satu aktiviti mendaki secara santai telah diadakan di Bukit Kodiang (Mok Cun)
Aktiviti ini telah mendapat kerjasama dan bantuan teknikal daripada Persatuan Mendaki Negeri Kedah (HACCK) dengan sokongan PUSPANITA Cawangan Kubang Pasu. Penglibatan peserta menerusi aktiviti mendaki ini majoritinya terdiri daripada ahli-ahli PUSPANITA. Malah, beberapa orang Pegawai dan Kakitangan daripada JBSN Kedah yang merupakan ahli PUSPANITA turut tidak ketinggalan menyertainya.
DISEDIAKAN OLEH : MOHD SHAKIR BIN NAWAWI (PBSD KUBANG PASU)
JERLUN, KUBANG PASU, KEDAH, 16 JULAI 2020 – Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan Kerajaan Negeri Kedah bersama-sama Pejabat Daerah Kubang Pasu telah mengadakan sesi penyerahan kad KIDA bertempat di Kompleks Sukan Komuniti Jerlun.
Seramai 188 orang penduduk daripada sembilan buah mukim sekitar Parlimen Jerlun telah disenaraikan sebagai penerima kad KIDA. Simbolik penyerahan serta perasmian dilakukan oleh Y.B Puan Hjh.Halimaton Shaadiah Binti Saad selaku EXCO Wanita,Keluarga, Masyarakat dan Kebajikan dengan turut hadir adalah ADUN Ayer Hitam, Y.B Encik Azhar Bin Ibrahim
DISEDIAKAN OLEH : MOHD SHAKIR BIN NAWAWI (PBSD KUBANG PASU)
SIK KEDAH, 16 JULAI 2020 – Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah Tahun 2019 telahpun diadakan dengan jayanya 08 Julai 2020 (Rabu) yang lalu bertempat di Jerai Hills Resort, Yan, Kedah Darul Aman disini.
Pada majlis tersebut, seramai 7 orang kakitangan telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Bagi Tahun 2019 dan salah seorang penerimanya adalah Pn. Che Siah Binti Mahmud, Pembantu Tadbir Gred N22(KUP) kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik.
Seluruh wargakerja PBSD Sik merakamkan ucapan tahniah kepada beliau dan semoga prestasi cemerlang dapat dikekalkan dan diteruskan pada masa akan datang.
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD SIK)
SIK KEDAH, 15 JULAI 2020 – Perbincangan dan semakan dokumen penubuhan Kelab Rekreasi Ulu Muda, Kota Aur, Sik bersama Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik telahpun diadakan pada 13 Julai 2020 (Isnin) lalu bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik, Sik, Kedah Darul Aman disini.
Perbincangan ini diadakan adalah bertujuan untuk proses semakan semua dokumen yang diperlukan untuk dilengkapkan oleh persatuan berkenaan sebelum dihantar ke Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) nanti.
Dalam perbincangan itu, kelab tersebut telah diwakili oleh Pengerusi Kelab, En. Mohd. Fauzi Bin Mat Noh dan Setiausaha Kelab, En. M. Shahrol Hazim Bin Ahmad Busu. Turut bersama di perbincangan itu, Pn. Siti Salmiah Binti Md. Ani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik.
DISEDIAKAN OLEH : WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD SIK)
KUALA NERANG KEDAH, 15 JULAI 2020 Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap, En Mohd Farizan Bin Mat Arshad bersama-sama Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah En. Mohd Shukur Bin Yusuf dan Pembantu Pegawai Belia dan Sukan Daerah, En. Mohd Syafiq Bin Abdulah melakukan satu kunjungan hormat ke atas Pegawai Daerah Padang Terap yang baru iaitu Tn. Hj. Hakim Ariff Bin Mohd Noor di pejabat beliau.
Pertemuan dua hala ini adalah bertujuan bagi membincangkan peranan Pejabat Belia dan Sukan Daerah serta hal-hal berkaitan belia dan sukan Daerah Padang Terap.
DISEDIAKAN OLEH : MOHD SYAFIQ BIN ABDULAH (PBSD PADANG TERAP)
NAKA KEDAH, 15 JULAI 2020 - Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap, En Mohd Farizan Bin Mat Arshad melakukan satu lawatan ke atas usahawan belia, Saudara Hafizi. Beliau telah menjalankan perniagaan membaiki dan menyelenggara peti sejuk, penghawa dingin, mesin basuh, kipas angin dan juga mesin rumput. Saudara Hafizi juga merupakan bekas penuntut IKBN Naka.
DISEDIAKAN OLEH : MOHD SYAFIQ BIN ABDULAH (PBSD PADANG TERAP)
SIK KEDAH, 15 JULAI 2020 - Mesyuarat Pengurusan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik Bil. 1/2020 telahpun diadakan pada 13 Julai 2020 (Isnin) yang lalu bertempat di Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Sik, Kedah Darul Aman disini.
Mesyuarat kali ini telah membincangkan dan tindakan yang perlu diambil hasil daripada Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan & Akaun (JPKA), Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK), Mesyuarat Pengurusan Daerah/Negeri JBSN Kedah dan Mesyuarat Jawatankuasa Anti Rasuah (JAR) yang diadakan pada 08 Julai 2020 yang lalu.
Selain itu juga, Pn. Siti Salmiah Binti Md. Ani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik turut menekankan perkara-perkara yang perlu dititikberatkan oleh semua kakitangan antaranya kemuafakatan, bekerjasama dan saling membantu dalam mengerakkan aktiviti belia dan sukan di komuniti setempat serta juga kelancaran pengurusan pejabat yang kemas, teratur dan terurus.
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD SIK)