YAN KEDAH, 15 JULAI 2020 – Majlis Sanjungan Budi bagi meraikan persaraan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah telahpun diadakan dengan jayanya 08 Julai 2020 (Rabu) yang lalu bertempat di Jerai Hills Resort, Yan, Kedah Darul Aman disini.
Wargakerja Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Tn. Hj. Mohd. Salleh Bin Ramli mantan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah yang bersara pada 01 Julai 2020 yang lalu.
Pada Majlis Sanjungan Budi ini, En. Wan Syahrin Bin Ali, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik mewakili seluruh wargakerja PBSD Sik menyampaikan cenderahati kepada Tn. Hj. Mohd Salleh Bin Ramli.
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD SIK)
- JBS Kedah
- Hits: 527
