KEDAH, Majlis Persidangan Dun Belia Kedah Sidang I (Wakil Adun) telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Aman Alor Setar baru-baru ini. Persidangan ini telah diwakili oleh barisan calon yang terdiri daripada 36 orang belia yang berumur diantara 18 hingga 30 tahun bagi mewakili Adun Parlimen masing-masing. Pelbagai isu telah dibangkitkan untuk dibincangkan dalam persidangan tersebut bagi sama-sama memberikan pandangan serta idea dalam mencapai kata sepakat dan penyelesaian terhadap isu atau perkara yang terjadi amnya di Negeri Kedah. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Mohd Asmirul Anuar Bin Aris, Pengerusi Jawatankuasa Belia Dan Sukan, Pelancongan, Seni Budaya dan Pembangunan Usahawan Negeri Kedah.
- JBS Kedah
- Hits: 629
