- JBS Kedah
- Hits: 526
LAWATAN PEMANTAUAN PEMINJAM TABUNG KUMPULAN WANG AMANAH EKONOMI BELIA (TKWAPEB) DAERAH SIK
SIK KEDAH, 27 FEBRUARI 2020 – Satu Lawatan Pemantauan Peminjam Tabung Kumpulan Wang Amanah Ekonomi Belia (TKWAPEB) Daerah Sik telahpun diadakan pada 29 Januari 2020 (Rabu) yang lalu bertempat di Kampung Berona Kiri, Jalan Jeniang Gurun, Sik, Kedah Darul Aman disini.
Lawatan ini diadakan adalah bertujuan untuk mengenalpasti lokasi peminjam TKWAPEB Daerah Sik sama ada menjalankan projek ataupun tidak, pengurusan kewangan pinjaman teratur atau sebaliknya.
Hadir di sesi lawatan tersebut, En. Wan Syahrin Bin Ali, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik ke rumah peminjam TKWAPEB Daerah Sik En. Hamzah Bin Hussin.
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD SIK)
- JBS Kedah
- Hits: 526
