- JBS Kedah
- Hits: 617
KARNIVAL HARAPAN KEDAH 2020
KULIM KEDAH, 19 JANUARI 2020 – Program Karnival Harapan Kedah 2020 telah diadakan di Mini Stadium Keladi, Kulim bermula 2 Januari 2020 hingga 4 Januari 2020. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pengangkutan dan Industri Utama Negeri Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Karnival Harapan Kedah 2020 dan ADUN Lunas,
YB Azman bin Nasrudin, karnival seperti ini dapat memberi ruang dan peluang kepada peniaga-peniaga kecil mengetengahkan perniagaan mereka kepada masyarakat dan meningkatkan ekonomi masyarakat setempat. Karnival Harapan Kedah 2020 diserikan dengan pelbagai aktiviti antaranya persembahan artis terkenal, pemeriksaan kesihatan dan kenderaan, permainan tradisional dan e-sukan serta aktiviti lasak seperti flying fox dan wall climbing. Program ini telah dirasmikan oleh YB Menteri Besar Kedah iaitu Datuk Seri Mukhriz bin Mahathir.
DISEDIAKAN OLEH : NAZERAH BINTI MD NAJIB (PBSD KULIM)
- JBS Kedah
- Hits: 617
